Monday, August 1, 2011

Ingin berkempen?

Tidak dibenarkan sama sekali :

1. menggunakan sentimen kenegerian dalam kempen yang dijalankan.
2.  menggunakan sebarang logo atau lambang parti politik yang dikenali di Malaysia.
3. membeli undi dengan membuat apa-apa sogokan
4.menggunakan nama-nama pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir (demi keselamatan)
5.menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi
6.Mestilah mematuhi sebarang ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak SPR DPM
7.Kempen hanya dibenarkan selepas SPR mengumumkan calon yang akan bertanding
8.Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak SPR adalah muktamad.
9.menyentuh peribadi mana-mana calon yang bertanding

Friday, July 29, 2011

PENCALONAN

Pihak SPR membuka pencalonan kepada dua bentuk:
1.Pencalonan Pengerusi
   kepada sesiapa yang bertanding jawatan ini mestilah mengisi BORANG A
2.Pencalonan bagi Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi (EXCO)
   Pencalonan ini terbuka kepada semua ahli DPMD iaitu  dengan mengisi BORANG B

Syarat-syarat pencalonan:
1.Setiap calon mestilah terdiri daripada mereka yang tinggal dan mengikut kuliah dalam DPM tersebut.
2.Sebarang pencalonan mestilah mengisi borang yang disediakan dengan selengkapnya.Borang yang tidak lengkap akan di tolak.
3.Setiap pencalonan mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SPR PMRAM.
4.AJK SPR tidak boleh dicalonkan untuk bertanding.
5. Setiap calon mestilah berada di DPM masing-masing semasa pencalonan dibuat.
6.Borang pencalonan mestilah bercopPMRAM
7.Setiap pencalonan mestilah berserta dua keping gambar berukuran pasport.
8.Setiap calon mestilah di kalangan ahli PMRAM
9.Tarikh tutup pencalonan adalah pada 4 OGOS 2011 jam 4 petang.
10.Pencalonan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan.
11.Setiap calon hanyalah dibenarkan mengisi satu borang pencalonan sahaja(sama ada A atau B)
12.setiap orang hanya dibenarkan menjadi pencadang atau penyokong kepada seorang calon sahaja.
13.Setiap calon hendaklah menjelaskan yuran tahunan DPM dan PMRAM
14.Setiap borang pencalonan hendaklah dibeli dengan nilai LE.5.00 bagi borang A dan LE 3.00 bagi borang B

Makluman